DZIKIR LISAN(JIHAR)-zikir lisan adalah menyebut kalimah suci dengan lidah spt" subhanallah",La illaha illallah", dan sebagainya yang bersifat memuji kebesaran Allah.
DZIKIR HATI(QALBU)-ialah tafakkur mengingat Allah ,merenungi rahsia ciptaannya secara mendalam,merenungi tentang zat dan sifat Allah yang maha mulia.
DZIKIR JAWARIH(ZIKIR ANGGOTA)-ialah tenggelam dalam ketaatan.Sebahagian ulama menyatakan zikir anggota tubuh yang tujuh adalah:
1.dzikir mata dengan menangis
2.dzikir telinga dengan mendengar yang baik-baik
3.dzikir lidah dengan memuji Allah
4.dzikir tangan dengan memberi sedekah
5.dzikir badan dengan menunaikan kewajipan
6.dzikir hati dengan takut dan berharap Allah
7.dzikir roh dengan penyerahan diri kepada Allah dan redha.
dzikir dengan lidah,hati dan anggota(jawarih) tafakkur mengingat kebesaran Allah adalah lebih baik dari berjihad fiisabililah.Tetapi jihad fisabililah lebih baik dari dzikir hanya dengan lidah serta melakukan amal zahir syariat.
TINGKATAN DZIKIR
Dalam praktek thariqat naqsyabandiah yang diajarkan Syekh Abdul Wahab Rokan Al Khalidi, dikenal dua sistem:
1.Pengikut yang mengambil thariqat untuk kegunaan sendiri dan iaitu zikir hati Allah,Allah diamalkan sentiasa sebanyak 100,200,300,400,500,1000,5000 kali diamalkan sedikit demi sedikit dan ditingkatkan mengikut jumlah kemampuan sehingga kekal dihati sanubari.(diambil dari guru syekh atau mursyid).
2.Pengikut yang mengambil thariqat dan melaksanakan suluk.Pengikut golongan pertama sesudah mengambil thariqat dari guru syekh atau guru mursyid ,ia harus melaksanakan dzikir qalbi setiap hari minima 5000 kali.Dan dibenarkan ikut berkhatam tawajuh pada waktu-waktu tertentu.Pengikut golongan kedua tidak saja ikut berkhatam tawajuh tapi melaksanakan suluk ,yakni mengasingkan diri di sebuah tempat yang dinamakan rumah suluk atau tempat latihan rohani selama 10 hari,20 hari, dan 40 hari.Tujuan suluk adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhkan diri dari sesuatu yang melalaikan untuk ingat kepada Allah.Persulukan dimulai sesudah melaksanakan khatam tawajuh selesai shalat asar.
ADAB KETIKA BERSULUK:
adapun adad sebelum suluk ada 7 macam,adab dalam suluk 21 macam dan adab sesudah keluar suluk 9 macam.Bagi ahli thariqat ,adab adalah konstitusi yg harus diingati dan ditaat.Menurut keyakinan ahli thariqat orang yang melanggar adab tidak selamat hidupnya.
tingkatan dzikir ada 7:
1.mukasyafah
mula-mula berzikir sebanyak 5000 kali dengan mengunakan zikir khafi(hati) Allah,Allah,Allah sehari semalam.Setelah memberitahu perasaan selama berzikir kepada syekh atau guru mursyid.Guru akan menaikkan tingkatan zikir menjadi 6000 kali sehari semalam.berzikir sebanyak 5000 atau 6000 kali peringkat pertama inilah yang dinamakan makam mukasyafah.
2.lathaif
setelah memberitahu kepada syekh atau mursyid perasaan yang dialami dalam berzikir itu,maka atas pertimbangan guru itu dinaikkan zikirnya menjadi 7000 kali,dan demikianlah seterusnya menjadi 8000 kali,9000,10,000 sampai 11,000 kali sehari semalam.Zikir tersebut dinamakan lathaif-lathaif makam peringkat kedua.
3.dzikir lathaif
zikir lathaif bermaksud menyebut Allah dalam hati dengan jumlah dan makam berbeza.
makam lathifah-lathifah ada 7:
1.lathifatul qalbi-zikir sebanyak 5000 kali ditempatkan dibawah tetek sebelah kiri,kurang lebih dua jari dari rusuk dengan duduk bertharikat iaitu duduk macam tahiyat akhir kaki menghadap kesebelah kiri(masukkan zikir Allah-Allah dahulu dengan cara duduk tharikat kedalam hati untuk menghidupkan kalimah Alif lam jalalah ditubuh badan.Kepala diletakkan memandang kearah tetek sebelah kiri bertujuan menghidupkan zikir didalam hati iaitu bermula dititik permulaan titik dibawah "ba" yang terletak dibawah tetek sebelah kiri.Huruf "ba" terletak ditetek sebelah kiri dan "titik di bawah ba" terletak dibawah tetek sebelah kiri kerana" titik dibawah ba" adalah tanda orang beriman di dalam thariqat.duduk tawaruk kiri adalah dikenali sebagai nafi ithbat didalam tarikat dengan memandang kepala kearah tetek sebelah kiri.
AMALAN POKOK PALING MENDASAR BAGI PENGANUT THARIQAT NAQSYABANDIAH ADALAH BERZIKIR(MENGINGAT ALLAH).
PERINTAH SUPAYA SENTIASA MENGINGAT ALLAH ITU ADALAH BERDASARKAN AL-QURAN DAN SUNNAH.
1.FIRMAN ALLAH SURAT AL AHZAB 41-42:
"HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN,BERDZIKIRLAH(DENGAN MENYEBUT NAMA) ALLAH ,DZIKIR YANG SEBANYAK-BANYAKNYA .DAN BERTASBIHLAH KEPADANYA DIWAKTU PAGI DAN PETANG."
2.SURAT AN-NISA'103
"MAKA APABILA KAMU TELAH MENYELESAIKAN SHALATMU,INGATLAH ALLAH DIWAKTU DUDUK DAN DIWAKTU BERBARING."
3.HADIS MUSLIM DARI ABU HURAIRAH MENYATAKAN BAHAWA RASULULLAH SAW BERSABDA:"TIADA SATU KAUM (KALANGAN) DUDUK BERZIKIR MENGINGAT ALLAH PADA SATU MAJLIS,MELAINKAN (MENYEBUT) MALAIKAT MENGELILINGIDAN RAHMAT MELIPUTI MEREKA ,DAN ALLAH MENGINGAT MEREKA TERMASUK ORANG(YANG DEKAT) DISISINYA."
4.HADIS BUKHARI:
"SESUNGGUHNYA BAGI ALLAH ITU ADA MALAIKAT YANG BERKELILING DI JALAN-JALAN MENCARI ORANG-ORANG YANG BERDZIKIR.APABILA MEREKA MENDAPATI SATU KAUM (KALANGAN) YANG BERDZIKIR KEPADA MEREKA BERSERU: ",MARI KEPADA HAJAT KAMU."
LANTAS NABI SAW BERSABDA:
"MAKA MALAIKAT-MALAIKAT ITU MENGELILINGI (MELINDUNGI) MEREKA DENGAN SAYAP-SAYAPNYA SAMPAI KE LANGIT DUNIA."
5.HADIS AL BAIHAQI DARI AISYAH,BAHAWA RASULULLAH SAW BERSABDA:
"DZIKIR KHAFI (DALAM HATI) ITU MELEBIHI DZIKIR JAHRI(DIUCAPKAN DENGAN LIDAH), DENGAN TUJUH PULUH KALI GANDA.APABILA HARI KIAMAT,ALLAH MENGEMBALIKAN SEMUA MAKHLUK KETEMPAT PERHITUNGANNYA.DAN MALAIKAT PENJAGA DATANG MEMBAWA APA YANG MEREKA JAGA DAN APA YANG MEREKA CATAT. ALLAH BERFIRMAN KEPADA MALAIKAT PENJAGA:"PERHATIKANLAH ,MASIH ADAKAH SESUATU YANG TERSISA DARIHAMBAKU?"MEREKA MENJAWAB:"TIDAK SATU PUN KAMI TINGGALKAN DARI APA YANG KAMI KETAHUI DAN APA YANG KAMI JAGA,MELAINKAN KAMI BATASI SUDAH KAMI TULIS (CATAT) DENGAN SEBENARNYA."MAKA ALLAH BERFIRMAN KEPADA HAMBANYA :SESUNGGUHNYA KEBAIKANMU ADA PADAKU.DAN AKU AKAN MEMBALASNYA ,KEBAIKANMU ITU IALAH DZIKIR KHAFI."
HADIS ABU 'UWANAH,IBNU HIBBAN(SAHIH) DAN AL BAIHAQI MENYATAKAN BAHAWA NABI SAW BERSABDA:"DZIKIR YANG PALING BAIK ADALAH DZIKIR KHAFI(DALAM HATI), DAN REZKI YANG PALING BAIK ADALAH SESUATU YANG MENCUKUPI."
HADIS AL BAIHAQI MENYATAKAN BAHAWA NABI SAW BERSABDA:
"DZIKIR YANG TIDAK TERDENGAR OLEH MALAIKAT PENJAGA MELEBIHI DZIKIR YANG TERDENGAR OLEH MALAIKAT PENJAGA,DENGAN TUJUH PULUH KALI GANDA."
ADAPUN DZIKIR ITU TERBAGI KEPADA:
1.ZIKIR LISAN-MENYEBUT DENGAN LIDAH KALIMAH "LA ILAHA ILA LAH" DENGAN BERHURUF DAN BERSUARA.DZIKIR INI SUKAR MELAKUKANNYA SECARA TERUS MENERUS KERANA BANYAK KESIBUKAN YANG MENGANGGU ,MENCARI NAFKAH DAN BERUSAHA MENUTUPI KEPERLUAN HIDUP, DAPAT MELENGAHKANNYA.
2.ZIKIR QALBU(HATI):ZIKIR DALAM HATI ITU IALAH MENGINGAT DAN MENYEBUT "ALLAH" DALAM HATI, TIDAK BERHURUF DAN BERSUARA.ZIKIR DALAM HATI ITU TIDAK MUDAH DIGANGGU OLEH KESIBUKAN-KESIBUKAN DUNIA.OLEH KERANA ITU PENGANUT THARIQAT NAQSYABANDIAH MEMILIH ZIKIR QALBI,KERANA PERANAN HATI DALAM KEHIDUPAN SANGAT MENENTUKAN.HATI ADALAH TEMPAT IMAM,SUMBER PANCARAN CAHAYA DAN PENUH DENGAN RAHSIA.JIKA HATI BAIK ,NISCAYA ANGGOTA TUBUH YANG LAIN AKAN MENJADI BAIK, APABILA IA KOTOR ATAU TIDAK BAIK ,MELEKAT DIDALAMNYA SIFAT-SIFAT TERCELA(MADZMUMAH), MAKA SELURUH ANGGOTA MENJADI KOTOR DAN TIDAK BAIK.
BUKANKAH NABI MUHAMAD SAW BERSABDA MAKSUDNYA;"SESUNGGUHNYA DALAM TUBUH ANAK ADAM ITU ADA SEGUMPAL DARAH,KALAU DIA BAIK ,NISCAYA BAIKLAH SELURUH ANGGOTA.BUKANKAH DIA ITU HATI?"
SESEORANG TIDAK DIANGGAP BERIMAN KALAU HATINYA BELUM MEMBENARKAN SESUATU YANG WAJIB DIIMANI.DAN IBADAT TIDAK SAH APABILA TIDAK DISERTAI DENGAN NIAT DALAM HATI.
IJMAK ULAMA MENYATAKAN BAHAWA AMAL ANGGOTA TIDAK DITERIMA JIKA TIDAK DISERTAI AMAL HATI.SEDANGKAN AMAL HATI DITERIMA ,MESKIPUN TANPA AMAL ANGGOTA.JIKA PEKERJAAN HATI TIDAK DITERIMA ,NISCAYA TIDAKLAH DITERIMA IMAN SESEORANG, KERANA IMAN ITU ADALAH PERCAYA DENGAN HATI.
AYAT DAN HADIS NABI MUHAMAD SAW TENTANG DZIKIR DENGAN HATI(QALBI) ITU CUKUP BANYAK.
FIRMAN ALLAH DALAM SURAT AL MUJADILAH 22;
"MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG ALLAH TELAH MENANAMKAN KEIMANAN DALAM HATI MEREKA DAN MENGUATKAN MEREKA DENGAN PERTOLONGAN YANG DATANG DARIPADANYA."
SURAT AL HUJURAT AYAT 3;
"SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MERENDAHKAN SUARANYA DISISINYA RASULULLAH SAW,MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG TELAH DIUJI HATI MEREKA OLEH ALLAH UNTUK BERTAQWA.BAGI MEREKA AMPUNAN DAN GANJARAN YANG BESAR."
SURAT AL ARAF 205;
'DAN SEBUTLAH TUHANMU(DZIKRULLAH) DALAM HATIMU DENGAN MERENDAHKAN DIRI DAN RASA TAKUT ,DAN DENGAN TIDAK MENGERASKAN SUARA(ZIKIR QALBI),DI WAKTU PAGI ,DAN PETANG, DAN JANGANLAH KAMU TERMASUK ORANG-ORANG YANG LALAI."
SURAT AL ARAF 55;
"BERDOALAH KEPADA TUHANMU DENGAN MERENDAH DIRI DAN SUARA YANG LEMBUT.SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG MELAMPAUI BATAS."
HADIS BUKHARI DAN LAINNYA MERIWAYATKAN BAHAWA SABDA NABI MUHAMAD SAW:"ALLAH BERFIRMAN:"AKU ADALAH DISISI DUGAAN HAMBAKU.AKU BERSERTANYA APABILA DIA BERDZIKIR KEPADAKU.MAKA JIKA IA MENGINGAT AKU DALAM HATINYA ,NISCAYA AKU INGAT PULA KEPADANYA DALAM DIRIKU.DAN JIKA IA INGAT(BERDZIKIR) KEPADAKU SECARA BERJEMAAH,NISCAYA AKU INGAT KEPADANYA DALAM KELOMPOK BERJEMAAH YANG LEBIH BAIK DARIPADA MEREKA."
HADIS ABU UWANAH,IBNU HIBBAN(SAHIH) DAN AL BAIHAQI MENYATAKAN BAHAWA NABI MUHAMAD SAW BERSABDA:"DZIKIR YANG PALING BAIK ADALAH DZIKIR KHAFI(DALAM HATI),DAN REZKI YANG PALING BAIK ADALAH SESUATU YANG MENCUKUPI."
HADIS AL BAIHAQI MENYATAKAN BAHAWA NABI MUHAMAD SAW BERSABDA;
"DZIKIR YANG TIDAK TERDENGAR OLEH MALAIKAT PENJAGA MELEBIHI DZIKIR YANG TERDENGAR OLEH MALAIKAT PENJAGA, DENGAN TUJUH PULUH KALI GANDA."
AYAT-AYAT DAN HADIS-HADIS DIATAS MENGANJURKAN SUPAYA KITA BANYAK BERDZIKIR,TERUTAMANYA DZIKIR QALBI(ZIKIR HATI).TITIK BERAT AMALAN PENGANUT THARIQAT ITU ADALAH BERDZIKRULLAH SECARA BERKESINAMBUNGAN , PADA WAKTU PAGI,PETANG ,MALAM,DUDUK,BERDIRI,DIWAKTU SIBUK DAN DIWAKTU SENANG.JADI AMALAN ITU TIDAK BERTENTANGAN DENGAN AJARAN SYARIAT ISLAM, MALAHAN SEBALIKNYA DIPERINTAHKAN.DZIKIR DALAM HATI ITU ADALAH SEBAGAI PEDANG ATAU PERISAI BAGI SETIAP ORANG-ORANG YANG BERIMAN UNTUK MENGALAHKAN,MENUNDUKKAN HAWA NAFSU DALAM BERIBADAT KEPADA ALLAH.DENGAN PERISAI ITU MEREKA DAPAT MEMERANGI MUSUH YANG UTAMA IAITU HAWA NAFSU IAITU SIFAT-SIFAT TERKEJI(MADZMUMAH) SEPERTI RIAK,TAKABBUR,BONGKAK,SUMAAH(GILAKAN DUNIA SEMATA-MATA,TAMAK,PEMARAH,TIDAK SUKA AKAN URUSAN UGAMA,MENFITNAH ULAMA,LALAI DAN HATI KOTOR DENGAN SIFAT KEBINATANGAN,MENURUT HAWA NAFSU DUNIA SEMATA-MATA,TAMAK MENCARI DAN MEREBUT HARTA DUNIA,DAN LAIN-LAIN
AJARAN DASAR THARIQAT:
-terdiri atas 11 kalimat bahasa parsi,8 diantaranya berasal dari syekh abdul khaliq al ghajudwani dan 3 berasal dari syekh muhamad bahauddin naqsyabandi menurut najmuddin al kurdi dalam tanwirul qulub.
THARIKAT QADIRIAH:
-pengasanya adalah Shekh Abdul Qadir Jailani
-lahir ditibristan pada tahun 471h(1078m)
-wafat dibaghdad pada tahun 561h(1168m)
-nama lengkapnya Abu Muhammad Muhyiddin abdul Qadir Jailani bin Musa bin Abdullah Al husna Al Jailani.
-pada tahun 488h, ketika remaja melanjutkan pelajarannya ke baghdad,belajar kepada beberapa guru dan shekh dalam pelbagai disiplin ilmu, terutama tasawuf.
-menganut madzhab hanbali,cerdas,budiman,lebih menonjol dalam ilmu fekah,komunikasi,informasi serta tekun mempelajari sastera dan hadis.
-pada tahun 528h mengajar dan berfatwa dibaghdad.
-beliau mengarang kitab "Al-ghaniatu lithalibi thariqil haqqi,al fathur rabbani,futuhul ghaibi,al fuyudhatur robbaniatu.
2.THARIKAT SYADZILIAH:
-Pengasasnya syekh Abu Hassan bin Abdullah bin Abdul jabar bin hormuz As syadzili al Maghribi Al husaini Al idrisi, keturunan Hasan bin Ali bin Abi Thalib.
PADA MASA PERMULAAN ISLAM HANYA TERDAPAT DUA MACAM THARIQAT,IAITU:
1.THARIQAT NABAWIYAH-iaitu amalan yang berlaku dimasa Rasulullah SAW, yang dilaksanakan secara murni.Dinamakan juga dengan "THARIQAT MUHAMMADIAH" ATAU "SYARIAT".
2.THARIQAT SALAFIAH-iaitu cara beramal dan beribadah pada masa sahabat dan tabiin,dengan maksud memelihara membina shariat Rasulullah saw.Dinamakan juga dengan "THARIQAT SALAFUS SALEH".
PERKEMBANGAN DAN PENGARUH THARIQAT:
Sesudah abad ke 2 h,Thariqat Salafiah mulai berkembang berkembang secara kurang murni.Ketidakmurniaan itu antara disebabkan pengaruh filsafat dan alam fikiran manusia telah memasuki negara-negara arab seperti filsafat yunani,india,tiongkok sehingga pengamalan "THARIQAT NABAWIYAH" dab SALAFIAH telah bercampur aduk dengan filsafat.Sejumlah kitab-kitab filsafat asing disalin dan diterjemahkan kedalam bahasa arab.
PERKEMBANGAN THARIQAT SUFIAH.
Sesudah abad ke 2 h, itu muncullah Thariqat Sufiah yang diamalkan orang-orang sufi dengan tujuan untuk kesucian melalui empat tingkat:
1.Syariat-mengetahui dan mengamalkan ketentuan-ketentuan Syariat,sepanjang yang bersangkut dengan zahiriah.
2.Thariqat-mengerjakan amalan hati, dengan akidah yang teguh,sepanjang yang menyangkut dengan batiniah.
3.Hakikat-cahaya musyahadah yang bersinar cemerlang dalam hati dan dengan cahaya itu dapat mengetahui hakikat allah dan alam semesta.
4.Makrifat-tingkat tertinggi dimana orang telah mencapai kesucian hidup dalam alam rohani,memiliki pandangan tembus(kasyaf) dan mengetahui hakikat dan rahsia kebesaran Allah.
Orang sufi menganggap bahawa syariat utk memperbaiki sesuatu yang lahir(nyata),Thariqat utk memperbaiki sesuatu yang tersembunyi(hati),dan hakikat utk memperbaiki sesuatu yang ghaib.Tujuan terakhir dari ahli sufi ialah makrifat, yakni mengenal hakikat Allah,zat,sifat,dan perbuatannya.
SEJARAH RINGKAS SHEKH ABDUL QADIR JAILANI:
adalah seorang wali tertinggi yang disebut "Quthubul Aulia"(wali kutub) pada zamanya 471h-561h/1078-1168m.Setiap Thariqat mempunyai shekh ,kaifiat zikir dan upacara ritual.Shekh atau murshid mengajar murid-muridnya di asrama latihan rohani(rumah solok) atau ribath.Shekh Abdul Qadir mula-mula menonjol di asia tengah tibristan tempat kelahirannya dan berkembang ke baghdad,iraq,turki,arab saudi,indonesia,malaysia,singapura,thailand,india dan tiongkok.
"NAQSYABANDIAH" BERASAL DARI BAHASA ARAB "NAQSY" ERTINYA UKIRAN ATAU GAMBAR YANG DI CAP PADA SEBATANG LILIN ATAU BENDA LAINNYA."BAND" BERMAKSUD BENDERA ATAU LAYAR BESAR MENURUT SYEKH NAJMUDDIN AMIN AL-KURDI DALAM KITABNYA"TANWIRUL QULUB".
MAKNA "NAQSYABANDIAH":
"NAQSYABANDIAH" BERMAKSUD UKIRAN ATAU GAMBAR YG TERLUKIS PADA SESUATU ,MELEKAT ,TERPAHAT SEPERTI TERTERA PADA SEBUAH BENDERA ATAU SEPANDUK.ISTILAH DALAM TARIQAT INI BERMAKSUD "ZIKIR" ATAU "TAUHID" YANG TERUKIR ATAU TERPAHAT KEKAL DIHATI SANUBARI SEORANG MUKMIN(ORANG BERIMAN).
PENGASAS "TARIQAT NAQSYABANDIAH"
DINAMAKAN DENGAN "NAQSYABANDIAH" KERANA SYEKH BAHAUDDIN PENDIRI THARIQAT INI SENTIASA BERZIKIR MENGINGAT ALLAH BERKEPANJANGAN(SENTIASA) SEHINGGA LAFAZ "ALLAH" ITU TERUKIR MELEKAT DALAM HATINYA.NAMA NAQSYABANDIAH ITU SEBUAH NEGERI DITURKISTAN TEMPAT LAHIR SYEKH BAHAUDDIN.NAQSYABANDIAH ITU TERKENAL DIDUNIA ISLAM PADA ABAD VII H, ATAU 800 TAHUN SESUDAH NABI MUHAMAD SAW WAFAT.
PENGALAMAN KEROHANIAN SYEKH BAHAUDDIN:
KHALIFAH "NAQSYABANDIAH" MENYATAKAN BAHAWA RASULULLAH SAW PERNAH MELETAKKAN TANGANNYA KEJANTUNG SYEKH BAHAUDDIN KETIKA BELIAU SEDANG MURAQABAH(MUHASABAH) SEHINGGA BERBEKAS DILUBUK HATINYA.PERISTIWA INI TERJADI SECARA ROHANIAH SEBAB MASA HIDUPNYA RASULULLAH SAW VI(570M-632M), SEDANGKAN SYEKH BAHAUDDIN HIDUP PADA XIVM(1314-1388M).MEREKA BERTEMU SECARA ROHANIAH.
THARIKAT NAQSYABANDIAH ADALAH THARIKAT NABI MUHAMAD SAW;
THARIKAT INI DIAJARKAN OLEH NABI MUHAMAD SAW YANG DIAJARKAN DAN DIASUH OLEH SYEKH BAHAUDDIN NAQSYABANDIAH DAN DIAMALKAN OLEH MURID-MURIDNYA YANG MANA IA MENGAMALKAN ILMU TAUHID,FEKAH,TASAWUF.
THARIKAT YANG DIAJAR OLEH NABI MUHAMAD SAW ADA 30 PERBEZAANNYA CUMA NAMA THARIQAT MENGIKUT NAMA GURU YANG MENGAJARKANNYA , BERBEZA WIRID YANG DATANG DARIPADA NABI MUHAMAD SAW YANG DIPAKAI OLEH SETIAP PENGANUT THARIQAT.ASAL PEKERJAAN MEREKA SATU CUMA BERBEZA WIRID DAN NAMA SAHAJA.
PENGERTIAN THARIKAT YANG DIAJAR OLEH NABI MUHAMAD SAW:
THARIQAT YANG DIBAWA OLEH NABI MUHAMAD SAW YANG DIIKUTI OLEH SAHABAT-SAHABATNYA DAN DIIKUTI PULA OLEH ULAMA-ULAMA SYARA' DAN TASAWUF,IALAH MENGAMALKAN HUKUM YANG DIBAWA RASULULLAH, IAITU SEKELIAN BENDA YANG WAJIB,SUNAT,HARAM,MAKRUH,MUBAH.
-MENGETAHUI ITIKAD TERHADAP TUHAN DAN RASUL YANG DITERANGKAN DALAM ILMU TAUHID,KEMUDIAN FEKAH DAN MEMPELAJARI ILMU UNTUK MEMBERSIHKAN HATI YANG DITERANGKAN DALAM ILMU TASAWUF.
-ORANG YANG MENGAMALKAN ILMU YANG TIGA IAITU USSULUDDIN(TAUHID),FEKAH,TASAWUF DINAMAKAN "MENGAMALKAN" THARIKAT NABI MUHAMAD SAW,THARIKAT SAHABAT,ULAMA, DAN WALI-WALI.
PERJALANAN MENUJU KEPADA ALLAH DENGAN CARA TARIKAT ATAU PEMBERSIHAN HATI(QALBU) MELALUI TARIQAT.
pengertian
"Thariqat" menurut bahasanya ertinya" jalan" atau "cara" menuju kepada allah dengan kaedah berzikir mengikut cara tertentu untuk membersihkan hawa nafsu.
kata Thariqat disebutkan Allah dalam al-quran sedanyak 9 kali dalam 5 surat:
1.surat an-nisa'168:Sesungguhnya orang-orang yg kafir dan melakukan kezaliman,Allah sekali-kali tidak akan mengampuni (dosa) mereka dan tidak pula akan menunjukkan jalan kepada mereka."
2."Melainkan jalan ke neraka jahannam;mereka kekal didalamnya selama-lamanya.Dan yg demikian itu adalah mudah bagi Allah."(surat an-nisa'169)
3."Mereka berkata;Sesungguhnya dua orang ini adalah benar -benar ahli sihir yang hendak mengusir kamu dari negeri dengan sihirnya dan hendak melenyapkan "kedudukan" kamu yang utama".(surat thoha 63)-ayat ini menerangkan nabi musa a.s dan harun ke mesir,akan mengantikan bani israil di mesir dan inilah ayat yg menunjukkan nabi musa dan harun akan menunjukkan "jalan" atau "cara" kepada penduduk mesir melalui makna "Thariqat"(keyakinan Agama).
4."Dan sesungguhnya telah kami wahyukan kepada musa:"pergilah kamu dengan hambaku dimalam hari ,maka buatlah untuk mereka jalan yang kering dilaut itu,kamu usah khawatir akan tersusul dan tidak usah takut akan tenggelam".(surat thoha 104)
5."Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan ketika berkata orang yang paling lurus jalannya diantara mereka:kamu tidak berdiam didunia melainkan hanyalah sehari saja."(surat thoha 104)
6."mereka berkata:"Hai kaum kami,sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab al-quran yang telah diturunkan sesudah musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus."(surah al-ahqaf 30)
7."Dan sesungguhnya kami telah menciptakan diatas kamu tujuh buah jalan (tujuh buah langit) dan kami tidaklah lengah terhadap ciptaan kami."(surat al-mukminin 17)
8."Dan sesungguhnya diantara kami ada orang-orang yang saleh dan diantara kami ada pula yang tidak demikian halnya.Adalah kami menempuh jalan yang berbeda-beda."(surat al-jin 11)
9."Dan bahawasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus diatas jalan itu (agama islam),benar-benar kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar(rezki yang banyak)."(surat al-jin 16)
kata "Thariqat" dalam ayat itu beerti (agama islam).Demikian beberapa makna kata "Thariqat "dari segi bahasa.
Thariqat menurut kalangan sufi
adapun "Thariqat" menurut istilah ulama Tasawuf
-jalan kepada Allah dengan mengamalkan ilmu tauhid(usulluddin),fekah,tasawuf.
-cara atau kaifiat mengerjakan sesuatu amalan untuk mencapai sesuatu tujuan kepada allah.
berdasarkan definasi yang diatas jelaslah bahawa Thariqat adalah jalan atau cara mendekatkan diri kepada Allah ,dengan mengamalkan ilmu tauhid(ussuluddin),fekah,tasawuf (bersumber dari "al-ayatul baiyinat" oleh Ahmad Khathib,halaman 23.) dan "ilmu Thariqat dan hakikat" oleh TH. Abdullah Ujong Rimba,halaman 69.
#PERINGATAN KEPADA PEMBACA
JANGANLAH MUDAH MENUDUH SATU-SATU ALIRAN ILMU ITU SESAT ATAU TIDAK BETUL SEKIRANYA ANDA TIDAK TAHU ATAU ARIF MENGENAINYA,KERANA ILMU THARIQAT ATAU TASAWUF ADALAH ILMU WARISAN DARIPADA NABI MUHAMAD SAW DAN PARA SAHABAT.AMATLAH TERKUTUK PERBUATAN MENGFITNAH DAN MENUDUH SESUATU BENDA ITU SALAH ATAU TIDAK BETUL TERHADAP HUKUM YANG DATANG DARIPADA ALLAH TAALA DAN RASULNYA.