Khamis, 29 Mei 2014

TINGKATAN ZIKIR DALAM THARIQAT

DZIKIR LISAN(JIHAR)-zikir lisan adalah menyebut kalimah suci dengan lidah spt" subhanallah",La illaha illallah", dan sebagainya yang bersifat memuji kebesaran Allah.

DZIKIR HATI(QALBU)-ialah tafakkur mengingat Allah ,merenungi rahsia ciptaannya secara mendalam,merenungi tentang zat dan sifat Allah yang maha mulia.

DZIKIR JAWARIH(ZIKIR ANGGOTA)-ialah tenggelam dalam ketaatan.Sebahagian ulama menyatakan zikir anggota tubuh yang tujuh adalah:
1.dzikir mata dengan menangis
2.dzikir telinga dengan mendengar yang baik-baik
3.dzikir lidah dengan memuji Allah
4.dzikir tangan dengan memberi sedekah
5.dzikir badan dengan menunaikan kewajipan
6.dzikir hati dengan takut dan berharap Allah
7.dzikir roh dengan penyerahan diri kepada Allah dan redha.
dzikir dengan lidah,hati dan anggota(jawarih) tafakkur mengingat kebesaran Allah adalah lebih baik dari berjihad fiisabililah.Tetapi jihad fisabililah lebih baik dari dzikir hanya dengan lidah serta melakukan amal zahir syariat.

TINGKATAN DZIKIR
Dalam praktek thariqat naqsyabandiah yang diajarkan Syekh Abdul Wahab Rokan Al Khalidi, dikenal dua sistem:
1.Pengikut yang mengambil thariqat untuk kegunaan sendiri dan  iaitu zikir hati Allah,Allah diamalkan sentiasa sebanyak 100,200,300,400,500,1000,5000 kali diamalkan sedikit demi sedikit dan ditingkatkan mengikut jumlah kemampuan sehingga kekal dihati sanubari.(diambil dari guru syekh atau mursyid).

2.Pengikut yang mengambil thariqat dan melaksanakan suluk.Pengikut golongan pertama sesudah mengambil thariqat dari guru syekh atau guru mursyid ,ia harus melaksanakan dzikir qalbi setiap hari minima 5000 kali.Dan dibenarkan ikut berkhatam tawajuh pada waktu-waktu tertentu.Pengikut golongan kedua tidak saja ikut berkhatam tawajuh tapi melaksanakan suluk ,yakni mengasingkan diri di sebuah tempat yang dinamakan rumah suluk atau tempat latihan rohani selama 10 hari,20 hari, dan 40 hari.Tujuan suluk adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhkan diri dari sesuatu yang melalaikan untuk ingat kepada Allah.Persulukan dimulai sesudah melaksanakan khatam tawajuh selesai shalat asar.

ADAB KETIKA BERSULUK:
adapun adad sebelum suluk ada 7 macam,adab dalam suluk 21 macam dan adab sesudah keluar suluk 9 macam.Bagi ahli thariqat ,adab adalah konstitusi yg harus diingati dan ditaat.Menurut keyakinan ahli thariqat orang yang melanggar adab tidak selamat hidupnya.

tingkatan dzikir ada 7:
1.mukasyafah
mula-mula berzikir sebanyak 5000 kali dengan mengunakan zikir khafi(hati) Allah,Allah,Allah sehari semalam.Setelah memberitahu perasaan selama berzikir kepada syekh atau guru mursyid.Guru akan menaikkan tingkatan zikir menjadi 6000 kali sehari semalam.berzikir sebanyak 5000 atau 6000 kali peringkat pertama inilah yang dinamakan makam mukasyafah.

2.lathaif
setelah memberitahu kepada syekh atau mursyid perasaan yang dialami dalam berzikir itu,maka atas pertimbangan guru itu dinaikkan zikirnya menjadi 7000 kali,dan demikianlah seterusnya menjadi 8000 kali,9000,10,000 sampai 11,000 kali sehari semalam.Zikir tersebut dinamakan lathaif-lathaif makam peringkat kedua.

3.dzikir lathaif
zikir lathaif bermaksud menyebut Allah dalam hati dengan jumlah dan makam berbeza.
makam lathifah-lathifah ada 7:
1.lathifatul qalbi-zikir sebanyak 5000 kali  ditempatkan dibawah tetek sebelah kiri,kurang lebih dua jari dari rusuk dengan duduk bertharikat iaitu duduk macam tahiyat akhir kaki menghadap kesebelah kiri(masukkan zikir Allah-Allah dahulu dengan cara duduk tharikat kedalam hati untuk menghidupkan kalimah Alif lam jalalah ditubuh badan.Kepala diletakkan memandang kearah tetek sebelah kiri bertujuan menghidupkan zikir didalam hati iaitu bermula dititik permulaan titik dibawah "ba" yang terletak dibawah tetek sebelah kiri.Huruf "ba" terletak ditetek sebelah kiri dan "titik di bawah ba" terletak dibawah tetek sebelah kiri kerana" titik dibawah ba" adalah tanda orang beriman di dalam thariqat.duduk tawaruk kiri adalah dikenali sebagai nafi ithbat didalam tarikat dengan memandang kepala kearah tetek sebelah kiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan