Ahad, 28 Julai 2013

bermujahadah menuju jalan yang dirahmati allah.

mengenal erti syirik.

-syirik terbahagi kepada 3
1.syirik nyata-dalam ilmu ussuluddin
2.syirik khafi(halus) 
3.syirik khafi ul khafi atau mukhafi(halus lagi halus)

erti syirik adalah menyekutukan ,menyamakan dan menduakan allah ta'ala dengan sesuatu.
"Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa syirik dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari syirik itu,bagi siapa yang dikehendakinya.(surah an-nisa':48)

syirik khafi(menyekutukan allah pada af'alnya)
-syirik khafi atau halus ialah nafsu mazmumah (sifat terkeji) yang terdapat didalam hati seseorang.
-syirik halus ini terdiri daripada ujub(berasa diri hebat atau bagus berbanding dengan org lain),riak(bangga dengan amalan yang dilakukan kerana mendapat pujian manusia),takabbur,bongkak,sombong,sumaah(mementingkan keduniaan)kedekut,dengki,khianat,munafiq,amarah dll
-golongan yang berhadapan dengan sifat mazmumah ini adalah golongan muttawasid atau pertengahan.
-golongan muttawassid ini didalam mencari keredhaan allah diri mereka tidak terlepas dari sifat mazmumah didalam amal ibadat atau kehidupan.
-untuk melepaskan sifat mazmumah yang berada didalam hati ini haruslah mengikhlaskan segala amal perbuatan kerana allah ta'ala semata-mata serta mendapat bimbingan guru yang mursyid.
-dengan jalan mengtauhidkan allah atau berzikrullah dapat mencuci segala hawa nafsu yang keji ini.
-tauhid ialah mengesakan allah pada af'alnya(perbuatan) mengesakan segala yang terjadi dialam ini pada diri atau sekeliling sebenarnya adalah terjadi dari perbuatan allah diatas sifat qudrat dan iradat.
-apabila seseorang mengesakan allah menafikan segala perbuatan yang dilakukan adalah terbit dari dirinya dan mengtahtikkan segala perbuatan yang dilakukan samada sedar atau tidak adalah datangnya dari perbuatan allah ta'ala diatas sifat qudrat dan iradatnya dengan sepenuh hati dan keyakinan.

syirik khafi(menyamakan allah pada sifat maaninya)
qudrat-berkuasa-allah ta'ala bersifat dengan berkuasa selain daripada allah bersifat lemah(manusia)
iradat-berkehendak-allah ta'ala bersifat dengan berkehendak selain daripada allah bernafsu baik atau buruk.(manusia)
ilmu-mengetahui-allah ta'ala bersifat dengan mengetahui selain daripada allah jahil,bodoh(manusia)
samak-mendengar-allah bersifat dengan mendengar selain daripada allah pekak(manusia)
basar-melihat-allah bersifat dengan melihat selain daripada allah buta.(manusia)
kalam-berkata-kata-allah bersifat dengan berkata-kata selain daripada allah bisu(manusia)
hayat-hidup-hanya allah yang bersifat dengan hayat selain daripada allah mati,fana,binasa(manusia)
dengan mengtauhidkan allah pada sifat maaninya sahajalah yang dapat melepaskan daripada menyamakan sifat allah dan hambanya dengan nafi dan ithbat pada sifatnya.

syirik khafi tul khafi,mukhafi(menduakan allah pada zatnya)
menduakan allah pada zatnya bermakna mengatakan dirinya(manusia) ada bermaksud wujudnya makhluk ini ada dan makhluk ini ada dalam melakukan perbuatannya,sifatnya dan dirinya.
-apabila diri makhluk ada dan tidak nampak zatnya(dirinya)wujud allah  disebalik makhluk itulah yang dikatakan syirik halus lagi halus.
-untuk melepas syirik ini dengan mengtauhidkan allah pada zatnya.
-menafikan kewujudan makhluk dan menetapkan kewujudan allah ada disebalik makhluk.
-membuangkan segala kewujudan makhluk dan mengtahkikkan kewujudan zat(dirinya) allah.

kesimpulan:
menafikan segala perbuatan,sifat yang ada pada makhluk dan menetapkan kewujudan zat(dirinya) allah ada berdiri disebalik makhluk.

zikrull maut:
"anta mauttu khabla mauttu"
matikan diri kamu sebelum kamu dimatikan
-memperingati kematian sebelum kita dimatikan adalah jalan terbaik untuk membersihkan diri kita daripada melakukan perkara syirik dengan allah.
-disamping ikhlas dalam beribadah kpd allah semata-mata serta mematikan diri pada perbuatannya,sifatnya dan zatnya(dirinya) allah adalah jalan untuk membersihkan segala perkara syirik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan