Isnin, 15 Julai 2013

peribadi muslim sejati-asas ilmu tauhid sifat 20-

1.permulaan tauhid-setiap ilmu ada permulaannya dan permulaan ini dinamakan mabadil "asyarah dan permulaan ilmu tauhid adalah spt berikut
nama ilmu -ilmu tauhid terkenal dgn nama ussuluddin,ilmu kalam dan fekah
ta'rifnya-satu ilmu yg membolehkan kita mengenali,mengetahui akan kesimpulan-kesimpulan iman dgn berdasarkan dalil-dalil yg boleh dipercayai yg diambil daripada alquran dan alhadis
faedahnya-dgn mempelajari ilmu tauhid ini membolehkan kita kenal kpd allah taa'la dan rasulnya-juga mendatangkan kebahagiaan didunia dan di akhirat kiranya diamalkan dgn sepenuhnya.

hantarannya-
hantarannya kpd zat allah taa'la dan rasulnya serta perkara2 sam 'iyat.sam'iyat-perkara-perkara yg hanya didengar daripada penerangan dan keterangan nabi-nabi dan rasul2
kelebihannya-ilmu ini lebih mulia daripada ilmu-ilmu yg lain kerana ianya membawakan kita kenal kpd allah ta'ala dan ilmu ini punca(pokok) daripada ilmu-ilmu yg lain.

tempat ambilnya-ilmu ini diambil daripada al-quran dan hadis
bangsanya-ilmu ini dibangsakan ilmu agama
penyusunannya-ilmu ini disusun oleh imam Abu Hassan Ash'ari dan imam Abu Manshur al-maturidi
hukum mempelajarinya wajib(fardhu 'ain) diatas tiap-tiap mukalaf samaada lelaki dan perempuan.
bahasannya-bahasannya atau masalahnya-ialah beberapa kehendak yg membicarakan sifat-sifat yg wajib,mustahil dan harus bagi tuhan dan bagi rasul serta membicarakan perkara-perkara yg hanya boleh didengar(tidak dapat dilihat sekarang dgn mata kasar)
mukalaf-maknanya org yg sempurna akal pemikirannya(tidakgila) serta sempurna pancainderanya dan sampai pula seruan syariatnya(syarak atau agama) kepadanya.

hukum-iaitu ketetapan yg diberi atau keputusan yg diambil samaada ia ada atau tidak.
bahagian hukum
hukum-hukum yg dimaksudkan itu terbahagi kpd tiga bahagian:
1.hukum akal 2.hukum syarak 3.hukum adat

hukum akal-iaitu ketetapan yg diberikan atau ketetapan yg ditetapkan oleh akal fikiran samaada benar atau tidak,ada atau tiada dgn tidak perlu dicuba beberapa kali.
hukum akal terbahagi kpd 3 iaitu wajib,mustahil,harus.
wajib-iaitu akal tidak menerima akan tiada bahkan ada
mustahil-iaitu akal tidak menerima akan adanya bahkan tiada
harus-iaitu akal  boleh menerima samaada ianya ada atau tiada

wajib,mustahil, dan harus dibahagikan kpd 2 bahagian iaitu dharuri dan nazari
dharuri-akal boleh memberikan keputusannya dgn cara senang dan mudah spt lima itu separuh daripada sepuluh.
nazari-akal memberikan keputusannya dgn jalan difikirkan panjang lebar serta menggunakan pandangan yg luas spt dua setengah peratus itu satu perempat daripada satu persepuluh.

hukum syarak-iaitu tuntutan hukum daripada allah ta'ala yg bergantung dgn perbuatan hambanya samaada dituntut membuat sembahyang ,puasa dan zakat atau tuntutan yg ditegah spt mencuri,berzina dan harus spt beranak isteri,makan,minum dan sebagainya.
hukum syarak dibahagikan kpd lima bahagian wajib,haram,sunat,makruh dan harus.

1.wajib-tuntutan yg mesti dibuat hukumnya berdosa bagi mereka yg tidak menunaikannya spt sembahyang,puasa,zakat dan sebagainya.
2.haram-tuntutan yg mesti ditinggalkan spt berjudi,minum arak,berzina dan sebagainya.
3.sunat-tuntutan buat yg tak semestinya dibuat hukumnya berpahala bagi yg membuatnya dan tidak pula berdosa bagi mereka yg meninggalkannya tetapi makruh spt bersedekah.
4.makruh-iaitu tuntutan tinggal yg tak mesti ditinggalkan.hukumnya berpahala meninggalkannya dan tidak pula berdosa mengerjakannya spt memakan bawang,jering,petai dan sebagainya.
5.harus-iaitu pekerjaan yg tidak berpahala/tiada apa-apa dan tidak pula berdosa/bersalah apabila dikerjakan atau ditinggalkan.

hukum adat-iaitu mempertambatkan diantara dua perkara yg berlaziman yg dapat ditetapkan dia dengan dicuba dan diuji seperti api menghanguskan,air biasanya membasahkan.

perkara yg mula diwajibkan-perkara yg mula-mula sekali diwajibkan oleh syarak ke atas manusia yg mukalaf samaada lelaki atau perempuan iaitu mengenal allah ta'ala dengan jalan mempelajari sifat-sifat yg wajib baginya dan yg mustahil baginya serta yg harus padanya.

kenal(makrifat)-iaitu mengenal dengan pendapat yang teguh dihati berbetulan dengan yg sebenar serta ada pula dalil-dalil yg boleh dipercayai oleh akal samaada diambil daripada al-quran dan alhadis atau akal.

ikutan(taklid)-iaitu pegangan yg teguh dihati serta berbetulan dgn yg sebenar tetapi tidak boleh mendatangkan (menyertakan)dalil-dalil yg boleh diyakini atau dipercayai.

syak-iaitu perasaan sama berat dihatinya diantara ada dengan tiada atau ia dengan tidak(was-was)

dzan-iaitu perasaan berat dihatinya sebelah ada dan ringan sebelah tiada(tidak yakin/tidak percaya)

waham-iaitu perasaan dihatinya berat disebelah tiada dan ringan pula disebelah ada(berbelah bahagi/was-was,tidak yakin cthnya 50/50).Syak,dzan dan waham tidak dikira kenal(makrifat) dan terkeluar daripada istilah kenal(makrifat)
dalil-iaitu keterangan-keterangan yg menunjukkan atas kebenarannya bagi sesuatu yg diakuinya dan dalil itu dua bahagian iaitu dalil aqli dan naqli.
dalil Aqli-iaitu keterangan,tanda atau bukti-bukti yg menunjukkan kebenarannya melalui fikiran yg waras dan siuman.
dalil naqli-iaitu keterangan,tanda atau bukti-bukti yg menunjukkan kebenarannya melalui ayat-ayat al-quran dan al hadis.

al-quran-iaitu kumpulan wahyu allah ta'ala yg diberikan kepada nabi muhamad s.a.w bagi panduannya dan umatnya.ianya dijamin tidak berubah dan tidak dapat diubahkan isi senikatanya.
           firman Allah Ta'ala-
"kamilah yg menurunkan al-quran dan kamilah juga yg menjaganya"

al-Hadis-iaitu segala perkataan yg diucapkan,segala perbuatan yg dilakukan oleh rasulullah s.a.w.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan