Rabu, 17 Julai 2013

persoalan iman,islam dan ihsan

diriwayatkan dari umar bin khattab r.a dia berkata"pada suatu hari ketika kami sedang duduk disisi rassulullah saw,tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih dan rambutnya amat hitam.Tidak kelihatan darinya tanda orang-orang yang sedang dalam perjalanan dan tidak ada seorang dikalangan kami yang mengenalinya.Dia segera duduk dihadapan nabi s.a.w ,lalu lututnya disandarkan kepada lutut nabi dan meletakkan kedua telapak tangannya diatas dua paha nabi s.a.w,seraya berkata "hai muhammad !khabarkan kepada ku tentang islam".Jawab rasulullah s.a.w ,"islam adalah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali allah dan muhammad itu adalah pesuruh allah,engkau mendirikan solat,engkau menunaikan zakat,engkau berpuasa dibulan ramadhan,engkau menunaikan haji kebaitullah jika engkau mampu melakukannya."lelaki itu berkata engkau benar."maka kami pun merasa hairan kerana dia yang bertanya dan dia pula membenarkannya.Kemudian dia bertanya lagi,"Khabarkanlah kepadaku tentang iman".Jawab nabi s.a.w. "engkau beriman kepada allah,kepada malaikatnya,kepada kitab-kitabnya,kepada para rasulnya,kepada hari akhirat dan engkau beriman kepada takdir allah,yang baik dan yang buruk."Dia berkata" engkau benar."Dan dia bertanya lagi,"khabarkan kepadaku tentang ihsan."Jawab nabi s.a.w,"Engkau beribadahlah kepada allah seolah-olah engkau melihatnya,dan bila engkau tidak mampu melihatnya sesungguhnya dia melihatmu."(hadis riwayat muslim)diriwayatkan oleh imam muslim dalam kitab shahihnya.

intisari hadis
iman dan islam apabila bersatu ,islam ditafsirkan sebagai amaliyah lahir dan iman pula ditafsirkan sebagai amaliyah batin.
iman,islam dan ihsan ketiga-tiganya disebut ad-din(satu agama yang lengkap)
ugama(ussuluddin,feqah dan tassawuf)h
iman
-kesempurnaan ibadah berkait rapat dgn kesempurnaan  tapak ibadah.
-tapak ibadah ialah aqidah atau iman.
-ia juga boleh disebut sebagai pegangan atau kepercayaan atau keyakinan
-iman penting kerana ia sebagai tapak ibadah atau menjamin diterima amal ibadah
-hanya org yang islam dan beriman sahaja diterima ibadahnya.
 pengertian iman
-dari segi bahasa ertinya 'rasa penuh percaya'
-iman dari segi syarak ialah membenarkan dgn hati secara putus(jazam) akan segala yang dibawa atau didatangkan oleh rasulullah saw
-kepercayaan hati ,ikrar atau pengakuan lidah,pengalaman (praktikal) anggota terhadap segala rukun dan perintah.
-rukun iman 6 perkara percaya kpd allah,percaya kpd rasul,percaya kpd kitab,percaya kpd malaikat,percaya kpd hari akhirat dan percaya kpd qadak dan qadar
sabda rasulullah saw iman adalah"yakin dengan hati,diikrarkan dgn lidah dan dilaksanakan dgn perbuatan".

jenis-jenis iman mengikut ulama:
1.iman taqlid
2.iman ilmu
3.iman ayyan
4.iman hakikat
5.iman hak

kalimah tauhid/esa/nafi dan ithbat
dalam kalimah la ila ha ila lah ada terkandungnya nafi dan ithbat
nafi bermakna menafikan allah bersifat dgn kekurangan kerana sifat kekurangan adalah sifat semulajadi makhluk,alam,muhaddas,barang yg kena jadi dll
ithbat bermakna menetapkan segala yg bersifat qadim dan kesempurnaan adalah sifat allah taala.

perbezaan nafi dan ithbat dalam  sifat allah dan makhluk

sifat yg wajib diithbatkan/ditetapkan kpd allah ta'ala pada zatnya
1.wajib wujudnya
2.wajib qidamnya
3.wajib baqonya
4.wajib mukhalafatuhu lil hawadits
5.wajib qiamuhu binafsih
6.wajib wahdaniyah

sifat yg wajib ditetapkan kpd allah ta'ala pada sifat maaninya
1.wajib qudratnya
2.wajib iradatnya
3.wajib ilmunya
4.wajib hayatnya
5.wajib basarnya
6.wajib samaknya
7.wajib kalamnya

sifat yg wajib ditetapkan kpd allah pada afaalnya
menetapkan segala yang ada didalam alam ini semuanya terbit dari sifat qudrat dan iradat allah atau afaalnya.

kalimah nafi terletak kepada sifat makhluk yang lemah,muhadas(baharu),yang kena jadi
1.harus ada sahaja
2.ada permulaan ketika dijadikan
3.fana,mati,binasa
4.bersamaan dengan yg baharu
5.bergantung kepada allah
6.berbilang-bilang

kalimah nafi pada sifat maani
1.lemah
2.nafsu baik dan buruk
3.bodoh,jahil
4.buta
5.pekak
6.bergantung kepada hayat allah utk hidup
7.bisu dan tidak boleh berkata-kata

nafi/ithbat pada afaalnya(menetapkan segala yang berlaku dialam ini terjadi dari perbuatan allah ).
makhluk tiada kuasa utk melakukan apa-apa bersendirian dan memerlukan allah utk melakukan semua perkara.

Tauhid
-adalah perkara utama atau asas dalam pembentukan manusia kearah beriman dan bertaqwa.
-tauhid bermaksud bermaksud mengesakan tuhan.
-tuhan bagi orang mukmin ialah Allah swt,tiada yg lain daripada Allah.
-dengan tauhid yang kuat(rukun iman),maka syariat (rukun islam)jadi sempurna dan baik pengamalannya.

iman dan persoalannya
-takrif iman
-sabda rasulullah s.a.w :
"iman ialah mengenal dengan hati,diucapkan dengan lidah dan mengamalkan dengan jasad".(hadis riwayat at-thabrani).
-iman ialah keyakinan yang dibenarkan oleh hati,diucapkan dengan lidah dan dibuktikan dengan amalan.
-ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya,mengaku dan beramal.
-tanpa ketiga-tiga syarat ini,seseorang itu belum dikatakan beriman dengan sempurna.

tuntutan dua kalimah syahadah
-sempadan bagi islam atau tidaknya seseorang itu adalah pada kalimah syahadahnya:
"asshadu alla ila ha ila lahu,muhammaddur rasulullah"-aku bersaksi tiada tuhan melainkan allah dan nabi muhammad itu pesuruh allah.
-apabila seseorang itu mengucap kalimah ini,jadilah ia seorang islam namun ia belum boleh dikatakan beriman walaupun ia bersembahyang,puasa dan sebagainya kerana:
1.seseorang yang islam belum tentu beriman tetapi seseorang yang beriman sudah tentu islam.
2.islam boleh dikenali dengan amalan-amalan lahir tetapi iman adalah amalan hati.
-untuk menjadi orang yang beriman,ucapan itu mestilah dipelajari maksud dan tuntutannya,kemudian difahami,diyakini, dan dihayati seterusnya diamalkan.

Diantara tuntutan-tuntutan syahadah itu adalah:
-mengabdikan diri hanya kepada allah.
-amalan-amalan dalam hidup seharian kecil atau besar,penting atau tidak semuanya dijadikan ibadah pada allah dengan memenuhi lima syarat berikut:
1.niat mesti betul kerana Allah
2.pelaksanaan mesti mengikut syariat
3.perkara yang dilakukan sah menurut islam
4.natijah(hasil) betul untuk allah
5.tidak meninggalkan perkara asas spt sembahyang,puasa, dan lain-lain
-tiada yang diredhai sebagai tuhan itu adalah allah ta'ala
-tiada yang ditakuti melainkan allah
-tiada lain dicintai lebih daripada kecintaannya kepada allah
-tiada tempat menyerah diri melainkan kepada allah
kesimpulannya mengucap dua kalimah syahadah jika tidak diikuti dengan cara yang betul serta rukun yang sah adalah batal sama sekali untuk meletakkan seseorang itu sebagai orang beriman lagi islam.

Syarat sah pengucapan 2 kalimah syahadah semunya bergantung kepada 4 rukun sah:
1.nafi ithbat zat-membezakan diantara sifat allah dan sifat hamba pada zatnya.
2.nafi ithbat sifat-membezakan diantara sifat allah dan sifat hamba pada sifat maaninya
3.nafi ithbat afaal-membezakan diantara sifat allah pada afaal/perbuatannya dengan sifat hambanya.
4.menetapkan/mengenal sifat-sifat yang layak bagi nabi muhamad s.a.w sebagai seorang rasul dan sifat-sifat yang mustahil bagi seorang rasul untuk mengesahkan pengucapan 2 kalimah syahadah.

syirik jali-nyata
ertinya syirik ialah menyekutukan,menyamakan dan menduakan allah dalam amal ibadah serta kehidupan harian.
syirik nyata atau jali bermaksud syirik yg berkaitan didalam sifat 20 iaitu jika kita tidak boleh membezakan diantara sifat yang wajib bagi allah(qadim) dan yang mana sifat (muhaddas),makhluk atau barang yang dijadikan.
amat perlu mempelajari ilmu ussuluddin atau sifat 20 kerana dengannya kita boleh mengenal yang mana sifat wajib bagi allah(qadim) dan yang mana sifat bagi makhluk(muhhadas).
terdapat juga syirik khafi dan syirik mukhafi/khafitul khafi.
"Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa syirik dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari( syirik) itu,bagi siapa yang dikehendakinya."(surah an-nisa':48)

"Katakan :"Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah berputus asa dari rahmat allah s.w.t. Sesungguhnya allah s.w.t. mengampuni dosa-dosa semuanya.Sesungguhnya dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang".(surah az-zumar:53).

"kulhuallahu ahad,allahu samad"."katakanlah ya muhamad sesungguhnya allah itu esa","dan kepadanya lah berhajat sekelian sesuatu",.(surah al-ikhlas)


Konsep mengtauhidkan allah
tauhid atau mengesakan allah diwajibkan
tauhid bermaksud mengesakan allah dan lawannya syirik kepada allah,jika tidak boleh mengesakan allah bermakna kita mensyirikan allah didalam amal ibadat.

"Ya Muadz,bertaqwalah kamu kepada allah ,pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji.Jika kamu melakukan sesuatu keburukan,maka ikutilah dengan kebaikan."Lalu muadz bertanya:"ya rasulullah apakah ucapan "la IIlaha IIlaIIah(tiada tuhan melainkan allah)termasuk kebaikan?"Rasulullah menjawab:"Ucapan itu adalah merupakan kebaikan yang paling tinggi nilainya".(hadis riwayat at-tirmidzi-dikeluarkan oleh ibnu abdul bar,nabi saw mengutus muadz bin jabal ke yaman ".)

"wahai rasulullah ,ajarilah aku satu perbuatan yang boleh mendekatkan aku ke syurga dan menjauhkan aku dari neraka ."Rasulullah s.a.w. menjawab:"Jika kamu melakukan keburukan ,maka lakukanlah kebaikan tersebut ,kerana kebaikan tersebut akan dilipat gandakan menjadi sepuluh kali ganda."Saya bertanya :"Wahai rasulullah ,apakah kalimah" la IIlaha IIlallah "(tiada tuhan melainkan allah) termasuk kebaikan?"Rasulullah s.a.w. bersabda:"kalimah tersebut adalah merupakan kebaikan yang paling baik."
(dikeluarkan oleh ahmad ,dari abu dzar r.a )
 intisari hadis
1.perintah supaya bertakwa kepada allah s.w.t.ini adalah merupakan wasiat allah s.w.t  dan rasulnya kepada umat islam dan wasiat para nabi sebelumnya.
2.mengerjakan perbuatan yang baik dan terpuji boleh menghapuskan perbuatan tercela yang telah kita lakukan .
3.anjuran supaya berakhlak baik dan mulia kerana akhlak tersebut adalah merupakan diantara sifat-sifat org yang bertakwa.
4.sentiasa bertakwa dan memiliki akhlak yang terpuji dimana sahaja dan bila-bila masa sahaja.

maksud hadis:
Nabi muhamad s.a.w berwasiat kepada kita agar bertakwa kepada allah s.w.t secara terangan-terangan atau pun secara diam-diam tanpa diketahui orang dimana sahaja,sama ada didarat,laut, dan udara, bersendirian atau bersama orang lain.Apabila seseorang berbuat salah lalu dia bertaubat dan berbuat baik,maka kebaikannya itu dapat menghapuskan kesalahan-kesalahannya atau dosa-dosanya.
2.Setiap kebaikan itu boleh menghapuskan setiap keburukan.Nabi Muhammad s.a.w juga berwasiat agar kita bergaul sesama manusia secara baik dengan akhlak terpuji,seperti dengan wajah yang berseri-seri,tidak menyinggung perasaan dan menyakiti hati dan saling memberi nasihat agar saling cinta-mencintai dan hidup dalam keadaan damai dan tenteram.

kalimah nafi dan ithbat:
cara beramal dengan kalimah tauhid "la IIlaha IIlallah"-berwirid mengikut kemampuan 41kali,101kali,313kali,500kali atau seribu kali setiap hari dari pagi hingga ke malam.zikir jihar atau lisan,tubuh.  Nafi bermaksud menafikan allah bersifat dengan kekurangan kerana sifat kekurangan adalah sifat semulajadi makhluk atau manusia dalam kalimah ini.(kalimah nafi adalah "la iilaha" bermaksud tiada tuhan  diitikadkan dlm hati)

kalimah ithbat/menetapkan
-kalimah ithbat adalah (IIlallah) bermaksud menetapkan atau diitikadkan dalam hati "melainkan allah ditetapkan pada hati atau DIITIKADKAN /berpegang dalam hati dgn sepenuh hati tanpa jazam yang putus.
(jazam yang putus bermaksud tanpa ada perasaan syak,ragu-ragu dan was-was).

"la IIlaha IIlalah"."tiada tuhan melainkan allah ditetapkan atau diitikadkan dalam hati tanpa zan,syak,waham".


zikir qalbu/hati( adalah zikir allah,allah)
diamalkan mengikut kemampuan bermula 41kali,101kali,313kali,500 kali atau 1000 kali
diamalkan setiap hari secara tertib dan istiqamah iaitu jika 101 kali hari-hari diteruskan 100 kali sahaja dan apabila sudah boleh dilakukan secara tertib dan istiqamah barulah dinaikkan jumlah zikir ditambahkan 10 kali,20 kali, 50 kali, atau 100 kali mengikut kemampuan dengan hati yang tulus ikhlas kepada allah ta'ala.

zikir allah,allah ditetapkan dalam hati setiap hari tidak kira siang atau malam

firman allah s.w.t yang bermaksud
"Bila kalian menghitung-hitung nikmat Allah S.W.T. kalian tidak dapat menentukan jumlahnya."(surah an-nahl:18 dan surah ibrahim:34)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan