Jumaat, 19 Julai 2013

seketul daging didalam diri manusia(seketul hati)

Diriwayatkan dari abu abdillah nu'man bin bashyir r.a,dia berkata:"aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata,dan diantara kedua mutasyabihat(perkara-perkara yang samar) yang mana kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.Barangsiapa yang memelihara diri dari segala perkara-perkara syubhat itu,maka sesungguhnya dia telah membersihkan agama dan kehormatannya.Dan barangsiapa yang jatuh kedalam perkara-perkara syubhat itu maka dia telah jatuh dalam perkara-perkara yang haram seperti seorang pegembala yang mengembalakan kambingnya disekitar kawasan terlarang yang nyaris kambingnya merumput didalamnya.Ingatlah bahawa setiap raja mempunyai kawasan larangan!Ingatlah bahawa kawasan larangan Allah adalah apa yang diharamkannya.Ingatlah bahawa didalam jasad itu terdapat seketul daging: apabila ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasadnya.Ingatlah bahawa seketul daging itu adalah hati".(hadis riwayat al-bukhari dan muslim).

kedudukan hadis 
-hadis ini disepakati atas martabatnya yang tinggi dan faedahnya yang banyak.
-hadis ini merangkumi keseluruhan ajaran-ajaran islam 
-sekumpulan ulama mengatakan bahawa"hadis ini merangkumi sepertiga ajaran islam".
-barangsiapa yang mendalaminya(belajar dan mengkajinya) akan memperolehi semua kandungan isinya iaitu penjelasan tentang halal,haram,syubhat(perkara-perkara yang samar dalam hukum-hukum agama),apa yang boleh memperbaiki hati dan yang akan merosakkannya.
-menuntut untuk mengetahui hukum-hukum syariat,dasar-dasar, dan cabang-cabangnya.
-hadis ini juga merupakan dasar bagi sikap taat(wara') dan meninggalkan yang syubhat(samar).

maksud hadis
-menjelaskan kepada kita bahawa setiap perkara yang dihalalkan oleh allah s.w.t dan dan rasulnya itu sudah terang dan jelas.
-apa yang dikhuatirkan terhadap setiap muslim adalah perkara-perkara yang syubhat(yang samar bagi kebanyakan orang) maksudnya perkara yang samar dan meragukan iaitu perkara yang kurang jelas antara halal atau haram, kerana tidak ada dalil yang tegas yang menghalalkan atau mengharamkannya.
-maka sesiapa yang meninggalkan perkara2 yang tidak jelas halal atau haramnya  sebenarnya orang itu telah menyempurnakan kesucian agamanya dan terhindar jauh dari kelakuan yang haram serta terjaga kehormatannya dari aib dan cela yang mencemarkan dirinya dimata orang  akibat melakukan perkara yang syubhat(perkara yang kurang jelas tentang halal dan haram sesuatu perkara tanpa berlandaskan dalil alquran)
-nabi muhamad s.a.w memberikan gambaran bahawa segala perbuatan dan kelakuan zahir itu menunjukkan kebaikan atau keburukan batin didalam diri seseorang.
-Rasulullah  berkata didalam tubuh manusia terdapat seketul daging yang bernama "qalbu"(hati) yang kebaikannya atau keburukannya berbanding sama dengan perbuatan dan tingkahlaku seseorang.
-Apabila anggota tubuh seseorang itu berada dalam ketaatan menjalankan perintah agama islam atau perbuatan dan tingkah laku terpuji bermakna hatinya adalah bersih.
-Tetapi jika anggota tubuh seseorang itu berada dalam kemaksiatan atau perbuatan dan tingkahlaku tercela bermakna hatinya rosak dan kotor.

firman allah:"Janganlah kamu berjalan dimuka bumi ini dengan sombong (angkuh),kerana engkau tidak akan menembuskan bumi ini,dan engkau tidak akan sampai setinggi gunung".(al-isra:37)

firman allah"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan agar beribadah kepada aku"(adz-dzariat:56)

Berdasarkan ayat-ayat, dalil-dalil al-quran yang terdapat diatas tujuan utama manusia dijadikan adalah untuk beribadah kepada allah dan mentaati perintahnya sebagai hamba diatas muka bumi ini.
Allah juga melarang manusia bersikap sombong(angkuh) di dalam menjalani kehidupan dunia ini dan seterusnya menempuh dunia akhirat.
Untuk menjadi manusia yang mendapat keredhaan allah mestilah hati seseorang itu bersih dari segala macam sifat-sifat yang terkeji.

penyakit hati.
hati adalah umpama raja didalam diri manusia ia mengambarkan tingkahlaku atau peribadi seseorang apabila dizahirkan kepada luarannya.
penyakit hati adalah spt berikut sakit hati,busuk hati,iri hati,buta hati,keras hati.
perbuatan atau tingkahlaku yang terhasil daripada penyakit hati ini adalah  kebencian,pengkhianatan,pecah amanah,zalim,pendusta,pemarah,ego,riak,sombong,takabur,menganiaya sesama manusia,pemusnah,pendendam,tamak,dengki,cemburu,munafik,penipu dan lain-lain.

jenis-jenis nafsu yang terdapat didalam hati(qalbu)
nafsu lawamah-nafsu yang paling hina(hatinya hanya tertumpu kepada nafsu duniawi semata-mata)
nafsu mazmumah-nafsu yang keji(mengandungi sifat-sifat terkeji)
-riak            -sombong
-takabur      -sumaah(mementingkan keduniaan semata-mata)
-bongkak    -dengki
-amarah      -ujub(menganggap diri yang terbaik daripada orang lain)
-munafik(tidak bercakap benar dilidahnya seiring dengan apa yang terkandung dilubuk hatinya)
-panjang angan-angan    -nafsu menjurus kpd sifat kebinatangan
-fitnah(sentiasa berprasangka buruk terhadap orang lain
-tamak haloba     -kedekut utk beramal jariah
-tidak mensyukuri nikmat yang diberikan allah
-pendendam(sentiasa bermusuhan dengan orang lain)
-pentingkan diri    -selalu sahaja merunggut dengan nikmat yang dirasai

nafsu mahmudah-sifat yang terpuji
-qanaah
-zuhud(tidak mementingkan perkara dunia)
-fahami erti bersyukur
-tawaduk(tunduk dan patuh pada perintah allah)
-sentiasa merasa rendah diri dengan allah dan sesama makhluk
-wara'-taat beribadah kepada allah dengan hati yang ikhlas dan yakin
-tidak mengharapkan balasan dan pujian daripada manusia apabila melakukan perkara kebaikan

nafsu mutmainnah(jiwa yang tenang)
hati sentiasa tenang menerima segala ujian yang datang dari allah s.w.t dalam perkara baik dan buruk
redha dengan apa yang telah diberikan allah s.w.t walaupun apa sahaja nikmat yang diberikan.

Merawat penyakit hati.
-mendalami ilmu dan belajar tentang ilmu agama sepenuhnya spt Iman,islam dan ihsan.(usul,figh dan tasawuf).
-mengtauhidkan allah s.w.t sentiasa tidak kira waktu siang atau malam.
-bersolat,berzikir, membaca alquran dan menghayati maknanya sehingga tersemat dilubuk hati.
-berlapang dada-surah al-baqarah ayat 216

menjaga perhubungan dengan allah dan manusia.
-hablum minallah-sentiasa menjaga perhubungan dengan allah(hati sentiasa berzikir mengingatinya)
-hablum minannas-menjaga perhubungan sesama makhluk.
-bersangka baik sesama makhluk
-menjaga tutur kata bila berbicara sesama makhluk.
-melakukan sebarang perkara diniatkan kerana allah s.w.t sentiasa
-sentiasa bersikap pemaaf dan terbuka terhadap kesalahan yang dilakukan oleh makhluk
-muhasabah diri dan sematkan nilai berkasih sayang terhadap sesama makhluk kerana allah kearah kebaikan dalam urusan agama kerana allah s.w.t dan bukannya kearah perkara maksiat dan derhaka kpd perintah allah s.w.t dll
-sabar dan yakin dengan segala ujian yang menimpa diri baik atau buruk.

Merawat hati.
-memakan  benda yang halal
-toyibba
-Amar makruf nahi mungkar(melakukan segala suruhan dan perintah allah s.w.t dan meninggalkan perkara yang ditegah oleh allah s.w.t(perkara yang keji dan mungkar).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan