Selasa, 16 Julai 2013

Ringkasan sifat yang wajib dan mustahil bagi allah ta'ala

sifat yang wajib bagi allah itu ada 20 sifat
1.wujud-ada
2.qidam-sedia
3.baqa'-kekal
4.mukhalafatuhu ta'ala lilhawadis-bersalahan allah taala dengan sekelian yg baharu spt roh manusia,alam
5.qiamuhu binafsihi-berdiri Allah Ta'ala dengan sendirinya
6.wahdaniyah-esa,tunggal,satu,ahad
7.qudrat-kuasa
8.Iradat-berkehendak
9.Ilmu-mengetahui
10.hayat-hidup
11.samak-mendengar
12.basar-melihat
13.kalam-berkata-kata
14.kaunuhu qadiran-maha berkuasa
15.kaunuhu muridan-maha berkehendak
16.kaunuhu aaliman-maha mengetahui
17.kaunuhu hayyan-maha hidup
18.kaunuhu samian-maha mendengar
19.kaunuhu basiran-maha melihat
20.kaunuhu mutakaliman-maha berkata-kata

Ringkasan sifat yg mustahil bagi allah ta'ala semuanya ada 20 sifat/sifat kekurangan atau muhadas
1.adam-tiada
2.hudus-baharu
3.fana-binasa,mati
4.mumasalah lilhawadis-bersamaan dgn yang baharu
5.ihtiyaju ila gairihi-berkehendak allah ta'ala kepada yang lain/bergantung kepada yg lain
6.ta'addad-berbilang-bilang
7.'Ajaz-lemah
8.karohah-terpaksa
9.jahil-bodoh
10.maut-mati
11.assomma-tuli,
12.Umyun-buta
13.Bukmum-bisu
14.kaunuhu 'ajizan-keadaannya lemah
15.kaunuhu mukrahan-keadaannya terpaksa
16.kaunuhu jahilan-keadaannya bodoh
17.kaunuhu mayyitan-keadaanya mati
18.kaunuhu 'Assomma-keadaannya pekak
19.kaunuhu Umyun-keadaanya buta
20.kaunuhu Abkam-keadaannya bisu

kesimpulannya
-apabila kita mengetahui akan sifat-sifat tuhan semua bahagian yang diterangkan diatas,kita jumlahkan semuanya,kita akan dapati 20 sifat yang wajib bagi Allah/qadim(sempurna/kekal) dan dicampurkan dengan sifat yang mustahil bagi allah/sifat kekurangan yang tiada pada allah ada 20 sifat semuanya seperti diatas dan dicampur dengan sifat yang harus bagi Allah iaitu wahdaniyah(-esa,)-inilah yang terkandung didalam kalimah 
          LA ILA HA ILA LAH-TIADA TUHAN YANG DISEMBAH YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT KETUHANAN MELAINKAN ALLAH.
20 SIFAT WAJIB BAGI ALLAH DICAMPURKAN DGN 20 SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH DAN DICAMPURKAN 1SIFAT HARUS IAITU WAHDANIYAH SEMUNYA MENJADI 41 AKOD DLM KALIMAH DIATAS

AKOD/AQOIDUL IMAN=ASAS PERKARA POKOK YG WAJIB DIKETAHUI DALAM KALIMAH LA ILA HA ILA LAH, DISAMPING BOLEH MEMBEZAKAN SIFAT QADIM DAN SIFAT MUHADAS/BARANG YG DIJADIKAN ATAU BERSIFAT BAHARU CTHNYA MANUSIA DAN ALAM.

Sifat al-istigna' dan al-iftikar
Sifat yang wajib bagi allah ta'ala sebagaimana yang telah dijelaskan dibahagikan kepada empat sifat (nafsiah,salbiah,maani, dan maknawiyah)-sifat ini juga dibahagikan kpd 2 bahagian iaitu al-istighna' dan al-iftikar.
al-istighna-iaitu zat tuhan itu terkaya ia daripada yg lain
sifatnya ada 11 sahaja-wujud,qidam,baqa',mukhalafatuhu ta'ala lil hawadits,qiamuhu binafsih,samak,basar,kalam,kaunuhu samian,kaunuhu basiran,kaunuhu mutakaliman.

al-iftikar-iaitu berkehendak/bergantung segala yang lain kepadanya allah ta'ala
sifatnya ada 9-wahdaniah,qudrat,iradat,ilmu,hayat,kaunuhu qadiran,kaunuhu muridan,kaunuhu hayan,kaunuhu aliman.

RUKUN IMAN KEDUA-PERCAYA KEPADA RASUL-RASUL
Rukun iman kedua
mempercayai rasul-rasul adalah wajib diterangkan serba ringkas perkara yg berhubung dengannya
-iaitu manusia lelaki keturunan adam a.s yang diberikan wahyu(undang-undang syariat) utk menjadi panduan dan amalan seta diperintahkan supaya menyampaikan kpd umatnya utk diikuti dan dipatuhi.

nabi-iaitu manusia lelaki keturunan adam a.s yang diberikan wahyu utk panduannya beramal dengan perintah tuhan.
perbezaan nabi dan rasul
nabi-wahyu diterima utk dirinya dan tidak diperintahkan utk menyampaikan kepada umatnya.
rasul-wahyu diterima utk dirinya dan diperintahkan supaya menyampaikan kepada umatnya.

kesimpulan:nabi tidak semuanya menjadi rasul tetapi semua rasul adalah menjadi nabi.

4-sifat-sifat yang wajib bagi nabi muhamad s.a.w
sifat yang wajib bagi nabi muhamad s.a.w sidiq,amanah,tabligh,fatanah.
1.sidiq-benar
maknanya wajib kita beri'tikad/berpegang bahawa rasul-rasul itu menyampaikan apa-apa yang diterimanya (wahyu) kemudian ia menyampaikan kepada umatnya dengan keadaan benar dan bersetuju dengan barang yang diisi Allah samaada perkataannya atau perbuatannya semuanya benar belaka.
dalil aqli-mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada mereka bagi membuktikan kebenaran mereka samaada perkataannya atau perbuatannya semuanya benar belaka.
dalil naqli-sodaqo abdi fii kulli maa yabluru indii-"Benarlah sekelian hamba-hambaku(rasulku) barang yang disampaikan itu adalah daripada aku(allah)".

2.amanah-kepercayaan
maknanya rasul-rasul yang telah diutuskan oleh Allah Ta'ala itu ianya benar-benar menjaga taraf dan darjat,tidak mengkhianati akan tugas-tugas yang telah diperintahkan kpd mereka (segala sesuatu yang diamanahkan samaada daripada Allah (wahyu) atau sesama makhluk mereka tidak akan mengkhianatinya.
dalil naqli-surah al-dkhan ayat 18"Sesungguhnya aku bagi kamu rasul-rasul yang dipercayai"
surah al-anfal ayat 58-"Bahawasanya Allah Ta'ala itu tidak suka kepada org yg khianat"

3.tabligh:menyampaikan
iaitu rasul-rasul itu menyampaikan semua syariat-syariat yang diterima kepada umatnya ke jalan kebahagiaan,keamanan, samaada didunia ataupun diakhirat.
dalil aqli-jikakalau mereka bersifat menyembunyikan ilmu atau syariat,nescaya umatnya juga diperintahkan pula menyembunyikan ilmu-ilmunya,sedangkan kita dilarang menyembunyikan ilmu sebagaimana hadis yang bermaksud orang yang menyembunyikan ilmu dikutuk(dilaknat Allah),dengan sebab itu pasti sekalimereka-mereka itu menyampaikan segala-galanya.
dalil naqli-surah al-maidah ayat 67:"wahai rasul-rasul sampaikanlah barang yang diturunkan kepada kamu oleh tuhan kamu".

4.fatonah-bijaksana
iaitu pada rasul itu ada kebijaksanaan (kepintaran) fikirannya bagi menolak segala hujah-hujah mereka yang engkar(tidak mempercayai) akan seruannya.
dalil aqli-kiranya mereka itu bodoh,nescaya lemah ia dan tidak akan dapat menolak segala hujah-hujah yang didatangkan kepada mereka dengan cepat serta benar,sebab itulah wajiblah bagi mereka bersifat dengan fatonah.
dalil naqli:surah al-anam ayat 83:"itulah hujah kami yang kami berikan kepada nabi ibrahim yang mengalahkan kaumnya."

Ringkasan sifat yang wajib dan mustahil bagi nabi/rasul;
sifat yang wajib:                            sifat yang mustahil bagi rasulullah s.a.w
-sidiq-benar                                  -al-kazab-mendusta,pembohong,penipu
-amanah-kepercayaan                   -al-khianat-belot,tidak boleh dipercayai
-tabligh-menyampaikan                 -al-katman-menyembunyikan ilmu,tidak menyampaikan dakwah/ilmu
-fatonah-bijaksana                        -al-balladah-bodoh,jahil,tidak tahu isi al-quran dan maknanya

Sifat yang harus bagi rasul:
Sifat yang harus bagi rasul,iaitu mereka berkelakuan dengan kelakuan manusia yang tidak mengurangkan martabat mereka pada sisi Allah Ta'ala(maksum -tiada dosa,pahala,tiada hukum atas rasul dan tidak pula dipandang hina oleh masyarakat seperti makan,minum,tidur,berkahwin dan sebagainya.
dalilnya:keadaan ini (hal) nyata dipandang oleh orang yang semasa dengan mereka yang mereka itu bersifat dgn sifat dan tabiat manusia.

kesimpulan
pada masa kita melafazkan muhammadurasulullah "nabi muhamad itu pesuruh allah" maka terkandunglah didalamnya sifat-sifat yang wajib(empat) dan yang mustahil(empat)serta yang harus baginya satu( maksum)
kesemuanya 9 sifat.Maksudnya kita membuat pengakuan bahawa nabi muhamad itu pesuruh Allah dan ianya nabi yang akhir(khotamun nabiy).
Apabila dihimpunkan syahadah pertama dan syahadah kedua didapati sebanyak (50 puluh) sifat sebagaimana yang telah diterangkan.
Jelaslah kepada kita bahawa syahadah pertama(la ila ha ila lah) dan syahadah kedua(muhammaddur rassulullah) pendek pada zahirnya tetapi pada hakikatnya terkandung semua sifat yang wajib,sifat yang mustahil,sifat yang harus bagi Allah Ta'ala dan rasulnya, dan itulah yang dikatakan "AQOIDUL IMAN"(kesimpulan iman atau asas pokok perkara yang wajib dii'tikad/dipegang dalam hati dgn sepenuh keyakinan tanpa syak,zan dan waham terhadap sifat wajib bagi Allah ta'ala dan rasulullah s.a.w).

la ila ha ila lah=20 sifat wajib campur 20 sifat mustahil bagi allah dan satu harus(wahdaniyah)=41 aqod
muhamaddurrasulullah=4 sifat wajib dicampur 4 sifat mustahil bagi rasul dan satu harus(maksum)=9 aqod
  "la ila ha ila lahu,muhammaddurrassululllah"(50 aqoidul iman(perkara pokok iman)wajib diketahui oleh setiap mukallaf lelaki dan perempuan utk mengesahkan pengucapan 2 kalimah syahadah(pengakuan/iti 'kad/pegangan utk bergelar sebagai umat islam) dalam pengucapan 2 kalimah syahadah.

Beberapa pegangan iktikad berhubung dengan qada' dan qadar allah:
Ada beberapa pegangan iktikad dan kepercayaan yang boleh mengelirukan kerana bersalahan dan menyimpang dari tujuan hidup manusia yang sebenar diantaranya:

Pegangan iktikad jabariah
Manusia tidak ada ikhtiar dan usaha-semuanya telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi dan manusia semata-mata bergantung kepada qada' dan qadar Allah Ta'ala.

pegangan iktikad qadariyah
Semua usaha manusia samaada perbuatan baik atau jahat,semuanya terbit dari kehendak manusia sendiri dan tidak ada kaitan dengan kekuasaan allah.

pegangan iktikad mu'tazilah
mereka beriktikad semua perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat,usaha,ikhtiar ada pada hamba,hamba boleh memberi bekas dan allahlah yang menentukan segala-galanya.

pegangan iktikad As'ariyyah akidah ahlul sunnah wal jamaah (akidah yg mnenepati Allah dan rasulullah s.a.w)
berpegang kepada dalil al-quran dan hadis,sunnah nabi yg zahir atau batin serta hendaklah diiktikadkan bahawa manusia itu ada baginya usaha dan ikhtiar pada berbuat baik atau jahat pada zahirnya,sedang hakikat yang menggerakkannya  adalah Allah Ta'ala jua dengan sendirinya.(hamba tidak memberi bekas tapi Allahlah yg menggerakkan dgn sendirinya namun ada pada zahir hamba itu usaha hakikatnya tiada/adam)

pegangan inilah yg boleh menyelamatkan kita sebagaimana firman Allah:
surah al-hasyir ayat 7:yang bermaksud"Dan apa jua yang didatangkan kepada kamu oleh rasul hendaklah kamu ambil(kamu kerjakan) dan apa jua yang dilarang keatas kamu mengerjakannya maka hendaklah kamu tinggalkan."

ayat"la hau la wa la quwatta ila biiznillahi wa hu was samiun alim"
maksudnya"tiada bergerak sebutir zarah tanpa izin allah apa yang ada diatas muka bumi ini semuanya terjadi diatas sifat qudrat dan iradat allah serta allah ta'ala itu lagi maha mendengar dan mengetahui apa yang ada dalam hati setiap manusia".

ayat insyallah bermaksud"bergerak sesuatu itu dengan izin allah adalah dengan sendirinya yang terbit dari sifat qudrat dan iradatnya apa yang ada dialam ini".

ayat "inna lilahi wainna hi ro jiun" maksudnya "sekelian yang ada di alam ini semuanya datang dari allah dan kembalinya kepada allah setelah mati".









Tiada ulasan:

Catat Ulasan