Selasa, 16 Julai 2013


Rukun iman pertama-percaya kpd allah

1.Sifat-iaitu suatu makna yang lain daripada zat tetapi ia berdiri pada zatnya

2.Sifat tuhan cara ijmal(menyeluruh)
iaitu wajib kita mengiktikadkan bahawa tuhan itu(Allah Ta'ala)bersifat ia dgn segala sifat kesempurnaan dan mustahil baginya bersifat dgn kekurangan.

3.Sifat tuhan dengan jalan tafsil-
iaitu kita wajib mempercayai(mengiktikadkan) dengan sebenar-benar kepercayaan bahawa Allah itu bersifat dengan dua puluh sifat yg wajib dan mustahil dua puluh juga

4.Bahagian sifat-sifat yg wajib bagi tuhan
dua puluh sifat yg wajib bagi tuhan dibahagikan kpd empat bahagian:
-sifat nafsiah,sifat salbiah,sifat ma'ani,sifat ma'nawiyah

Sifat nafsiah-nafsiah itu iaitu diri zat atau dengan lain perkataan iaitu halqiq diri dan pada khorij,jadilah wujud itu ain zat yg maujud dan sifatnya satu sahaja iaitu wujud

sesuai dgn firman Allah Ta'ala: "Awwaluddin makrifatulah"-awal-awal agama mengenal 20 sifat yg wajib bagi allah.

1.Wujud(ada)-iaitu menyatakan kelakuan zat itu berada-hal yg wajib bagi sesuatu zat selama zat itu berada yg tidak dikeranakan diantara keduanya oleh suatu kerana pun dan mustahil bagi allah ta'ala itu tiada.
dalil aqli(akal)-adanya satu-satu bangunan menandakan(menunjukkan) ada tukang buatnya-adanya makhluk(yg kena jadi) tentu sekali ada khaliq(penciptanya).
dalil naqli-surah ibrahim ayat 32-"Allah yg menjadikan langit dan bumi"

sifat salbiah-iaitu dengan sifat ini menafikan,menidakkan sifat-sifat yang tidak layak bagi tuhan dan sifatnya lima sahaja iaitu qidam,baqa',mukhalafatuhu ta'ala lilhawadits,qiamuhu ta'ala binafsih dan wahdaniah.

2.Qidam(sedia)-maknanya sedianya tuhan itu dengan tidak ada permulaan dan kesudahannya
dalil aqli-makhluk yang dijadikan olehnya ada permulaan bagi adanya(asalnya tiada) tetapi Allah Ta'ala itu adanya tentu sekali dengan tidak berpermulaan.
dalil naqli-surah al-hadid ayat 3:"huwwal awwallu,huwwall akhiru"-tiada permulaan dan tiada kesudahannya(kekal)      
perbezaan qadim dan azali
Qadim-iaitu adanya dengan tidak berpermulaan.        Azali-iaitu tiada permulaan baginya samaada wujudi 
                                                                                 atau adami

alfarkhu bainaalkhodimwal azali
bahagian qadim(kekal)
1.qadim hakiki-sifat ini khas bagi allah ta'ala sahaja samada zat,sifat,afaal
2.qadim zamani-iaitu berlalu masa diatas sesuatu tidak kurang dari setahun misalnya tahun sudah adalah tahun yg lalu.
3.qadim idofi-iaitu terdahulu sesuatu daripada sesuatu misalnya dahulu bapa daripada anak.

3.Baqa'(kekal)
iaitu adanya tuhan dgn tiada kesudahannya  atau tiada baginya akhir bahkan selama-lamanya ada atau adanya berkekalan.
dalil aqli-Segala yg ada dipermukaan bumi ini akan binasa tentu sekali zat tuhan itu tidak binasa mafhumnya setiap yg kena jadi(makhluk) menjumpai binasa dan yg menjadikannya(Allah Ta'ala) tidak akan binasa.
dalil naqli-surah al-qisas-ayat 88"tiap-tiap sesuatu daripada makhluk ini akan binasa dan zat  tuhan sahaja yg kekal."

4.mukhalafatuhu lil hawadis
-Bersalahan allah ta'ala dengan segala yg baharu.Maknanya tuhan itu berlainan dengan segala yg baharu mafhumnya tuhan itu berlainan(tidak serupa) dengan makhluk samaada pada zat,sifat,afaalnya(perbuatannya)
dalil aqli-Jikalaulah ia serupa dengan hamba-nya,atau ia menyerupai akan sesuatu maka adalah ia baharu(kerana serupa) dan tiap-tiap yg baharu itu kena jadi.Akal tidak menerima akan adanya sesuatu itu boleh menyerupai tuhan samaada pada zat,sifat,afaalnya,dengan itu pastilah tuhan itu berlainan sekali.
dalil naqli- surah asyura 11"laisa kamislihi saiun"tidak ada baginya menyerupai oleh sesuatu(tidak ada bandingan menyerupainya)

5.Qiyamuhu binafsihi
-berdiri allah ta'ala dengan sendirinya-maknanya allah ta'ala itu bukan sifat tetapi adalah ia zat.kerana itu ia tidak ,kerana itu ia tidak berkehendak zat yg lain(zat yg ia berdiri sendiri) dan tidak pula berkehendakkan kepada yg menjadikannya kerana ia qadim(zat yg maha sempurna).
dalil aqli-segala yang ada ini berkehendakkan kepada zat yang menjadikannya.Ia tidak boleh berdiri dengan sendirinya.Kiranya tuhan jua berkehendakkan kepada Zat nescaya adalah ia sifat sebab sifat tidak boleh berdiri sendiri.Mafhumnya tuhan itu terkaya ia daripada yang lain dengan itu wajib kita beriktiqad bahawa tuhan itu bersifat ia dengan sifat kesempurnaan(kamalat)
dalil naqli-surah al-ankabut 6 "Sesungguhnya allah ta'ala itu terkaya ia daripada sekian alam."

6.Wahdaniyah-Esa
-maknanya sesungguhnya tuhan itu Esa pada zat,Esa pada sifat,Esa pada afaalnya
dalil aqli-kalaulah tuhan itu berbilang-bilang,alam ini tidak akan ada, kerana berbilang-bilang itu menyebabkan kekurangan,adanya alam ini dan sekelian yang ada didalamnya menunjukkan adanya tuhan itu Esa pada zat,esa pada sifat,esa pada afaalnya.Dengan ini juga menafikan lima kam padanya.
1.Menafikan tuhan itu berbilang-bilang dan bersusun pada zatnya,sebaliknya hendaklah kita beriktikad bahawa zat tuhan itu tidak bersusun,ini dinamakan "kam muttasil fizzati"
2.tidak didapati suatu zat yang lain dari zat tuhan berada seperti zat tuhan.Ini dinamakan "kam munfasil fi al-zat".
3.menafikan zat tuhan itu berbilang-bilang pada satu-satu sifat.ini dinamakan "kam muttasil pissifat'
4.tiada didapati yang lain dari allah ada mempunyai dan menyerupai sifat yg ada pada allah.ini dinamakan "kam munfassil fissifat".
5.tiada didapati selain daripada allah mempunyai perbuatannya menyerupai perbuatan allah.Ini dinamakan "kam munfasil fil af'al.
dalil naqli- lau ka na fihima aalihatun ila llahu la fa sa dat-surah al anbiya ayat 22
kulhuallahu ahad-katakan olehmu ya muhamad sesungguhnya tuhan itu esa.
mafhumnya esa pada zat,esa pada sifat,esa pada af'alnya.
maksudnya menafikan banyak dan berbilang-bilang
allahu samad-mafhumnya segala yang dijadikan adalah kesemuanya berhajat kpd allah.Maksudnya,menafikan kekurangan baginya.
lam ya lid-menolak kata kufar,bahawa tuhan itu beranak atau mempunyai anak.Maksudnya,menafikan Illat bagi yg lain.(allah tidak beranak dan diperanakkan)
walam yu lad-dan tidak pula ia diperanakkan,mafhumnya menafikan 'ma'luliyah'.
walam yakul lahu ku fuan ahad-dan tidak ada baginya sebanding sesuatu jua pun.Maksudnya menafikan 'tashbih dan nadzir'(allah tidak menyerupai sesuatu).

Sifat maani
iaitu sifat yang ada (wujudiyah) yang berdiri dengan zat allah ta'ala yang dengan sifat ini mengadakan tiap-tiap yang mumkin dan meniadakan  dengan persetujuan(muafakat) kehendaknya.
Sifat ini juga dinamakan sifat ikram dan sifat zat,sifat-sifatnya tujuh sahaja iaitu qudrat,iradat,ilmu,hayat,samak,basar,kalam.

7.Qudrat-kuasa
iaitu nama bagi satu sifat yang ada pada tuhan,dengan sifat ini tuhan mengadakan atau mentiadakan akan sesuatu spt alam ini dengan persetujuan kehendaknya.Mafhumnya ,apabila tuhan itu berkehendak ia boleh (berkuasa) mengadakan atau mentiadakan daripada apa yg dikehendakinya.
dalil aqli-adanya alam ini dgn cukup peraturannya,bulan terbit dibarat manakala matahari pula terbit ditimur
menunjukkan ianya berkuasa,kiranya lemah,pasti sekali apa yg ada di hari ini dan segala peraturannya tidak akan terjadi  dan tidak akan berjalan tetap walaupun dalam masa yg singkat.
dalil naqli-surah al-baqarah ayat 20-sesungguhnya Allah Ta'ala itu berkuasa ia atas tiap-tiap sesuatu.

8.Iradat-berkehendak
nama satu sifat yg wajib ada pada tuhan lagi azali dan dengan sifat ini menentukan atau menetapkan pada mengadakan atau mentiadakan sesuatu.
dalil aqli-alam dan segala sesuatu yg ada ini adalah kehendaknya dan kuasanya-kiranya ia tiada berkehendak adalah ia bersifat benci(kirahah) dan kalaulah kirahah berada padanya,tentulah tiada berlaku sekarang dengan sebab itu wajib ada padanya sifat iradat.
dalil naqli-surah al qasas ayat 68-dan tuhan engkaulah yg menjadikan sesuatu dan dialah juga yg memilih.

9.ilmu-mengetahui
nama sifat yg wajib bagi tuhan,dengan dialah mengetahui segala sesuatu yang ada atau sesuatu yang tiada,sesuatu yang tiada semuanya ada dalam pengetahuan allah ta'ala serta tidak terlindung walau sedikit juapun kerana menjadikan sesuatu itu tentu ada ilmunya,kiranya ia jahil,tentu sekali ia tidak akan dapat menjadikan apa yang telah terjadi atau yg akan jadi.
dalil naqli-surah al- maidah ayat 7-Sesungguhnya Allah Ta'ala itu amat mengetahui akan apa yang terkandung (ada) didalam hati.

10.Hayat-hidup
Maknanya Allah Ta'ala itu hidup tetapi hidupnya berlainan dengan yang lain daripadanya,adapun hidupnya makhluk mempunyai perantaraan dan alat ,tetapi hidupnya tuhan berlainan sekali dengan ini dikembalikan kpd mukhalafatuhu ta'ala lilhawadits
dalil aqli-tidak diterima oleh akal bahawa zat tuhan itu mati,kiranya ia mati,menyebabkan timbulnya tidak berkuasa,tidak berkehendak serta tidak pula ia tahu dan bagaimana pula ia menjadikannya sesuatu ini hidupsedangkan ia sendiri mati,dgn ini wajiblah baginya mempunyai sifat hidup.
dalil naqli-al-furqan ayat 56-Dan berserahlah kamu kpd tuhanmu yang hidup lagi tidak mati.

11.Samak-mendengar
sifat yang wajib ada pada tuhan itu boleh mendengar walau dalam apa jua keadaan sekalipun
dalil aqli-kiranya tuhan itu pekak atau buta-sifat pekak dan buta itu adalah sifat kekurangan dan tiap-tiap sifat kekurangan itu tidak layak dan tidak ada pada tuhan dan bagaimana pula ia memberikan kpd  manusia utk mendengar.
dalil naqli-surah luqman ayat 28-Sesungguhnya tuhan itu amat mendengar lagi amat melihat

12.basar-melihat
sifat yang wajib bagi allah ta'ala itu melihat dgn cara dan keadaan tersendiri.
dalil aqli-kiranya tuhan itu buta ,sifat buta itu adalah sifat kekurangan dan tiap-tiap sifat kekurangan itu tidak layak baginya,buta dan pekak adalah sifat semulajadi makhluk.
dalil naqli-surah luqman ayat 28-sesungguhnya tuhan itu yg maha mendengar dan melihat.

13.Kalam-berkata-kata
iaitu sifat yg wajib bagi tuhan lagi azali tetapi ianya berkata-kata berlainan dengan yang lain kerana ianya tidak menggunakan alat serta lidah,huruf dan suara bahkan ianya berkata dengan sifat kalamnya.
dalil aqli-apa yg dijadikan oleh tuhan semuanya boleh berkata-kata manusia dgn cara manusia,binatang dgn cara binatang,pokok dgn caranya-tuhan juga berkata-kata dengan tidak berhuruf  dan bersuara,dengan sendiri membuktikan tuhan itu bersifat ia dgn sifat kalam.
dalil naqli-surah an-nissa ayat 164-berkata-katalah Allah Ta'ala itu kepada musa dengan berkata-kata yang sempurna.

takluk sifat maani
sifat maani yang tersebut diatas ada yang bertakluk dan ada yg tidak bertakluk.sifat hayat tidak bertakluk kepada sesuatu pun manakala sifat-sifat yang lain (qudrat,iradat,ilmu,samak,basar dan kalam) ada takluknya.

makna takluk
-iaitu menuntut sifat itu-seperti menjadikan alam ini.

Bahagian takluk sifat maani-takluk sifat maani dibahagikan kpd 3 bahagian
Takluk kepada yg wajib,yang mustahil dan yang harus
Sifat yang bertakluk dengan takluk ini ialah sifat ilmu dan kalam,tetapi takluk sifat ilmu dinamakan takluk Inkisyaf dan Ihatah(terbuka dan meliputi) manakala sifat kalam dinamakan takluk dalalah(menunjukkan).

takluk kepada yang maujudat
Sifat yang bertakluk kepada maujudat ialah sifat samak dan basar dan dinamakan takluknya takluk inkisyaf dan ihatah.

takluk mumkanat
Sifat yang bertakluk dengan takluk ini iaitu sifat kudrat dan sifat iradat-tetapi takluk kudrat dinamakan takluk ta'sir(memberi bekas) dan ijad(mengadakan) manakala takluk iradat dinamakan takluk takhsis(menentukan)
keterangan:
takluk sifat ilmu ,samak,basar hanya sama pada nama takluknya(inkisyaf)tetapi bercerai pada tempat takluknya.
Sifat ilmu takluknya kepada al-wajibat wal mustahiilat wal jaizat manakala sifat samak dan basar takluknya kepada al-maujudat.
 ringkasan keterangan takluk
al mumkanat----kudrat----iradat------ta'sir------takhsis

al wajibat walmusthahilat wal jaizat-----------ilmu-----kalam----inkisyaf,ihatah-------dalalah

almaujudat------samak,basar,-------inkisyaf dan ihatah

hayat-----tidak bertakluk tetapi jadi syarat yang lain-lain

Sifat maknawiyah
iaitu hal yang wajib bagi zat berkekalan,melazimkan dengan sifat maani pada zahir wujudnya,dinamakan maknawiyah kerana dibangsakan kepada maani dan melazimkan baginya.Adanya sifat-sifat maani yg lalu melazimkan/menunjukkan sifat maknawiyah ini.
sifat maknawiyah ada 7
kaunuhu qadiran-menunjukkan keadaan hal maha berkuasa bagi zat,
kaunuhu muridun-menunjukkan keadaan hal maha berkehendak bagi zat
kaunuhu aaliman-menunjukkan keadaan hal maha mengetahui bagi zat
kaunuhu hayyan-menunjukkan keadaan hal maha hidup bagi zat
kaunuhu samian-menunjukkan keadaan hal maha mendengar bagi zat
kaunuhu basiiran-menunjukkan keadaan hal maha melihat bagi zat
kaunuhu mutakalliman-menunjukkan keadaan hal maha berkata-kata bagi zat

keterangan
Perbezaan sifat ini dengan sifat maani yang lalu,pada awalnya ditambah dengan kaunuhu(keadaan) misalnya tuhan itu berkuasa,keadaan itu tidak nampak melainkan sudah nampak(zahir) tanda qudratnya seperti adanya alam ini.
dalilnya-Fikir oleh kamu pada apa yang dijadikan (makhluk) dan jangan sekali-kali kamu berfikir tentang yg menjadikannya,sesungguhnya fikiran kamu itu tidak meliputi.
maksudnya:akal fikiran tidak sanggup memikirkan tentang keadaan kejadian tuhan,kerana fikiran yang ada pada kita adalah diberikan olehnya dan tidak pula berkesanggupan pada memikirkannya dilarang.

Sifat-sifat yang harus
Sifat yang harus bagi allah itu satu sahaja,iaitu harus ia memperbuat sekalian yang mumkin atau meninggalkan dia-mafhumnya,segala sesuatu yang telah jadi dan sesuatu yang akan jadi tidak menjadi wajib atau mustahil kepadanya bagi mengadakan atau mentiadakan,bahkan semata-mata harus sahaja.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan